Help Haiti

Ayunga tsun srung Haiti ila ildownloadsi fi'u tirol,way fu/si pamtseo..... Irayo ulte eywa ngahu!

Monday, September 20, 2010

Patuhilah Nasihat Bonda

Maka adalah seekor lipas dijumpai anak muda yang baru pulang dari sekolah. Dikatanya anak muda itu terlihat akan lipas tersebut di depan ruang dapur. Maka dicekupnya surat khabar, digulungkan agar senang dipegang. Maka anak muda itu kejarlah sang lipas tersebut. Maka lipas itu amatlah terperanjat dan melarikan diri lintang pukang, menuju ke akhir pelusuk pintu dan bebas ke dunia luar. Maka gembiralah anak muda itu menakutkan lipas itu, kerana kecilnya badan lipas itu berbanding anak muda itu. Maka tergelak-gelak lah anak muda itu setelah melihat perlakuan lipas itu.


Maka dilihatnya keseluruhan kejadian tersebut oleh ibu anak muda itu. Maka ibunya memanggil anak muda itu ke ruang tamu. Maka ibunya memberi nasihat kepada anak muda itu, bahawanya lipas tidak patut dipandang rendah,kerana ianya mempunyai perasaan dan jiwa seperti yang manusia miliki. Dimana semua lipas ada sepasang sesungutnya, di kiri dan di kanan kepalanya.

Maka anak muda itu bertanyakan ibunya tujuan ibunya bercerita akan lipas. Maka ibunya berkata “Kuasa sakti sesungut lipas tidak boleh ditarungi oleh umat manusia, walaupun semana kecil sesungut mereka, bahawa bukan hanya digunakan untuk berbau ataupun melihat pada keadaan gelap, mahupun mencari air, bah boleh dirasakan perasaan dan niat kaum manusia”

Maka anak muda itu tergelakkan lah akan nasihat ibunya, dikatakan bahawa dia sudah cukup besar dan matang untuk mempercayai karut-marut bondanya, bhawa lipas itu adalah semata-matanya satu jasad kecil yang boleh dimain-mainkan, seekor serangga yang patut dihapuskan.

Maka ibu anak kecil itu berkata “ Jikalau dipertawakan nasihatku, maka satu hari akan kamu terima padahnya dendam lipas-lipas di seluruh dunia, yang dinasihatnya betul, tidak ditipu, yang sang lipas mempunyai sesunggut yang luar biasa, apabila umat manusia mahu menyerangnya, sang lipas akan sensorkan niat kamu itu”

Maka satu petang anak muda itu menuju ke pintu depan . Maka terserempaklah anak muda itu akan seekor lipas. Maka secara automatiknya tangan anak muda itu mencapai surat khabar lama, digulungnya dengan cara yang boleh mendatangkan maut, menuju ke hala lipas itu. Maka apabila menuju dekatnya dengan lipas itu, lipas itu tidak bergerak ke belakang. Maka hairanlah anak muda itu melihat gelagat lipas tersebut. “sepatutnya lipas ini takut akan kehadiran seorang manusia yang besar”. Maka teringatlah anak muda itu akan nasihat ibunya. Maka tidak dipedulikan nasihat tersebut oleh anak muda itu, lalu dia mendekati lipas tersebut, menyembunyi surat khabar itu dibelakangnya.

Maka dengan segala rahmat yang melanggari unsur-unsur sains, lipas tersebut berangkatlah dengan kedua-dua kepaknya, dengan kelajuan maksima dan menyerang anak muda tersebut. Maka anak itu tidak dapat menggunakan surat khabar itu, kerana diserang dengan sekelip mata. Maka lipas itu menyerang lah kepala anak muda itu, dimasuknya ke dalam rambut anak muda itu yang bercerminkan serabut kelapa. Maka dengan kemungkinan lipas tersebut puas dengan seranggannya, atau seram akan alam rambut anak muda itu, maka diterbangkan ke angkasa meninggalkan anak muda itu mengigil bersendirian dalam ketakutan.Maka menanglah lipaas itu dalam pertaruhan tersebut.

Begitulah Al-kisahnya phobia terhadap lipas terbang. Patuhilah nasihat bonda.

No comments:

Post a Comment

plltxe