Help Haiti

Ayunga tsun srung Haiti ila ildownloadsi fi'u tirol,way fu/si pamtseo..... Irayo ulte eywa ngahu!

Monday, April 5, 2010

Mangsa ragut di tengah-tengah padang

KUALA LUMPUR 13 Dis - Seperti kelazimannya, sebilah rumput bertumbuh seawal pagi menghala ke arah sinaran cahaya matahari pagi. Pagi semalam, rumput tersebut bersantai melambai-lambai badannya di padang mainan Taman Peranin di Kilometer 5.6 seperti mana rumput-rumput yang lain.

Namun, tindakan rumput tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri buatnya apabila rakan rumput sebelahnya diragut oleh seekor kambing berwarna coklat dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Atol, Supritendan Kamilia Shahrir berkata, ketika tiba di padang rumput tersebut, rakan serumput yang berusia 1 hari  itu menyedari terdapat 4 ekor kambing di kawasan itu.

Katanya, selepas selasai menikmati sinaran matahari pagi itu , mangsa berasa curiga dan takut diapa-apakan oleh sekumpulan kambing terbabit.

"Sewaktu rakan saya menikmati sinaran matahari dan angin yang meniup pada pagi itu,salah seorang daripada suspek meragut badan rakan saya dan mengunyah dia sampai hancur serta ditelan habis sebelum melarikan diri" katanya ketika ditemui semalam.

Tambah Kamie, mangsa ketika ini sudah melalui proses pencernaan yang ekstrem dan melampau dan pihaknya kini sedang berusaha mengesan suspek berdasarkan bentuk dan lengkukan kedua-dua tanduk suspek serta janggutnya.

No comments:

Post a Comment

plltxe