Help Haiti

Ayunga tsun srung Haiti ila ildownloadsi fi'u tirol,way fu/si pamtseo..... Irayo ulte eywa ngahu!

Thursday, January 14, 2010

PUSINGAN !

Post ini mengisahkan keakraban hubungan Ah Chong dengan seekor angsa bernama Pusingan.

Pada suatu hari,  Ah Chong (versi pelajar sekolah rendah) sedang berjalan kaki pulang dari sekolah. Hari itu merupakan hari yang paling panas di kampung tersebut. Kesian Ah Chong, terbengah-bengah dia sepanjang jalan itu, menahan panas terik dan suasana yang bahang itu. Dalam kepala otaknya, teringat pula makan tengah hari yang disediakan oleh ibunya. "Apa yang dimasak oleh ibu hari ini?Nasi ayam? Kalau nasib aku baik, mesti ada teh'O ais".

Pada masa yang sama, terdengarlah Ah Chong akan suatu bunyi. "Bunyinya seperti seekor angsa", katanya dalam hati. Bunyi tersebut datang dari arah sebuah benteng kecil berdekatan sawah padi. Tanpa membazirkan masa, Ah Chong bergerak ke arah bunyi tersebut. Alangkah terkejutnya Ah Chong apabila terjumpa dengan seekor anak angsa yang kecil.
"Kesian anak angsa ini, dimana ibunya? Baik aku bawanya pulang sebelum dibaham haiwan lain".

"Ah Chong!! Kamukah tuh? Ah Chong, kenapa balik lewat hari ini? Ada hal di sekolah?" tanya ibunya.
Ah Chong tidak mempunyai banyak kawan di sekolah, jadi tidak biasalah dia meluangkan banyak masa di kawasan sekolah.
"Tidak mak, Ah Chong terjumpa anak angsa ini dalam longkang. Ibunya tidak tahu dimana. Oleh sebab Ah Chong kesian akan anak angsa ini, Ah Chong bawanya pulang, mungkin boleh berinya makan minum".

Anak angsa itu sangat comel. Dengan serta merta, Ah Chong terus sayang akan anak angsa itu. Oleh kesayanganya yang sangat mendalam, Ibu Ah Chong membenarkan Ah Chong pelihara anak angsa itu. Pada suatu malam, sebelum Ah Chong masuk tidur, Ah Chong menjenguk ke dalam kotak yang disimpannya anak angsa itu untuk mengucap selamat malam.Lepas itu, diciumnya anak angsa itu. Tiba-tiba, kepala anak angsa itu berpusing 365 darjah. Ah Chong bisu terkejut.
"Boleh buat lagi?" tanya Ah Chong. Berpusing lagi kepala anak angsa itu 365 darjah. Ah Chong begitu kagum dengan kebolehan anak angsa itu, begitu juga dengan ibubapa Ah Chong. Oleh itu, anak angsa itu dinamakan 'Pusingan'.

Sehingga besar anak angsa itu Ah Chong peliharakan. Setiap hari masanya diluangkan dengan Pusingan. Ah Chong tidak mahu berkawan dengan budak-budak yang lain. Antara Ah Chong dengan Pusingan terdapat pertautan yang aneh. Jika Pusingan sakit, Ah Chong juga akan sakit. Ini menimbulkan rasa bimbang dalam ibubapa Ah Chong terhadap anak mereka yang leka melayan anak angsa itu buat bertahun-tahun. Apabila Pusingan tidak mahu makan makanan yang disediakan, Ah Chong akan memarahi Pusingan. Kemudian, Pusingan akan bermanja dengan Ah Chong. Menurut bomoh di kampung itu, Ah Chong dan Pusingan  merupakan anak kembar tetapi tidak dipercayai oleh ibubapanya. Mereka hantar Ah Chong ke sekolah yang jauh dengan harapan Ah Chong dan Pusingan akan berenggang. Namun, harapan itu tidak menjadi kenyataan. Perhubungan mereka tetap akrab dan mesra.

Menjelang Hari Tahun Baru Cina, ibubapa Ah Chong telah menyimpan Pusingan di dalam dapur belakang rumah mereka. Ketika itu, Ah Chong berada di sekolah. Apabila Ah Chong pulang, dia terus menyedari kehilangan Pusingan dan segera mencari Pusingan sambil menangis. " Ibu, Ibu nampak tak Pusingan?"
"Tak, rasanya Pusingan sedang merayau di kawasan sawah. Pergilah carinya di sana".

Ah Chong lari sekuat hati menuju ke kawasan sawah. Sehingga petang dicarinya Pusingan, namun tidak dijumpai. Hari semakin gelap. Dengan hati yang penuh gelisah, Ah Chong terpaksa pulang ke rumah. Apabila sampai di muka pintu depan rumahnya, Ah Chong terbau akan masakan ibunya untuk makan malam Tahun Baru Cina. Ah Chong terus masuk dan duduk di meja makan. Ibunya sedang berkemas di ruang dapur. Ayahnya sedang melipat surat khabar yang baru dibaca dan menuju ke meja makan.

"Ayah, Ayah ternampak Pusingan? Sudah sehari saya tidak berjumpa dengannya"
"Kau cari Pusingan sepanjang hari ini?"
"Ya Ayah, masih tidak dapat dijumpanya"
"Errm...tak tahulah Ah Chong...ummm...sudah, jangan risau banyak-banyak...nah, makanlah angsa ni yang dipanggang oleh ibu kamu...."

1 comment:

plltxe